APA ITU REZEKI?
Mengikut pandangan Sheikh Mutawalli Sya'rawi, rezeki ialah:
"Apa-apa yang kita dapat rasakan Manfaatnya, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk".
Ini bermakna, rezeki ialah segala apa yang bermanfaat baik dalam bentuk
material seperti wang, rumah, kereta dan seumpamanya. Ataupun bukan
material seperti kesihatan, kecerdikan, ketenangan dan seumpama
dengannya. Begitu luas maksud rezeki.
Tetapi ada rezeki yang
tidak baik ataupun haram, walaupun ianya memberi manfaat kepada kita
tetapi ianya membuahkan dosa. Sebagai contoh, beli kereta dengan hasil
duit curi, memang kereta itu sangat bermanfaat tetapi ianya adalah suatu
dosa yang besar.
Sebab itu Allah berfirman dalam surah Al
Baqarah ayat 57: "Makanlah daripada makanan yang baik-baik yang telah
Kami berikan kepadamu..." Allah menyuruh kita menari rezeki yang halal
lagi baik kerana ia menghasilkan pahala. Manakala, tugas Syaitan ialah
menghasut kita supaya mencari rezeki yang tidak baik ataupun haram.
Sheikh Mutawalli Sya'rawi menambah lagi, "apa sahaja yang kita rasakan
manfaatnya bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tidak
dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun ianya milik kita),
itu bermakna ianya bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain"
Memang benar, sebagai contoh, duit kita RM100, bukan semuanya rezeki
kita, memang asalnya ia milik kita. Kerana dengan RM100 itulah kita beli
makanan, maka sebahagian daripada milik kita sudah menjadi rezeki mak
cik yang menjual makanan. Begitulah seterusnya. Maka kita kena ingat,
duit dalam wallet kita tu memang milik kita, tapi belum tentu rezeki
kita.
Oleh yang demikan, janganlah kita sombong dengan apa yang kita miliki, kerana belum tentu ianya rezeki kita.
Wallahu a'lam
Wednesday, January 22, 2014
Saturday, January 11, 2014
Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
Cara-Cara Mandi Wajib Mengikut Sunnah
عن ابن عباس قال: قالت ميمونة: وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم ماء
يغتسل به، فأفرغ على يديه، فغسلهما مرتين أو ثلاثا، ثم أفرغ بيمينه على
شماله، فغسل مذاكيره، ثم دلك يده بالأرض، ثم مضمض واستنشق، ثم غسل وجهه
ويديه، وغسل رأسه ثلاثا، ثم أفرغ على جسده، ثم تنحى من مقامه، فغسل قدميه.
Dari Ibn ‘Abbas RA, beliau berkata: Maimunah RA berkata: Aku meletakkan
air untuk Rasulullah SAW mandi wajib. Baginda SAW menyiram kedua
tangannya dan membasuh kedua tangannya dua atau tiga kali. Seterusnya
Baginda SAW menyiram air dengan tangan kanannya ke tangan kirinya dan
membasuh kemaluannya (dengan menggunakan tangan kiri). Selepas itu,
Baginda SAW menyapu tangannya ke tanah, kemudian Baginda SAW memasukkaan
air ke dalam hidung dan mulut kemudian mengeluarkannya. Seterusnya
Baginda SAW membasuh mukanya dan kedua tangannya dan membasuh kepalanya
tiga kali. Selepas itu Baginda SAW menyiram air ke atas tubuhnya,
kemudian baginda saw berpindah dari tempat tersebut dan mencuci kedua
kakinya. (al-Bukhari)
Di dalam Sahih Muslim (317) disebutkan pula:
ثم أتيته بالمنديل فرده
Kemudian aku (Maimunah RA) memberikan kepada Baginda SAW sapu tangan, lalu Baginda SAW menolaknya.
Ringkasan cara mandi wajib berdasarkan dalil-dalil di atas ialah:
1) Niat. Ini berdasarkan hadis yang popular bahawa setiap amal mestilah dengan niat.
2) Membaca ‘Bismillah’.
3) Mencuci tangan sebanyak tiga kali.
4) Mencuci kemaluan dengan tangan kiri
5) Menggosokkan tangan kiri ke tanah lalu lalu mencucinya. Boleh juga mencuci tangan kiri itu dengan sabun.
6) Berwudhu. Wudhu boleh dilakukan seperti wudhu untuk solat (Sohih
Muslim:317) ataupun menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi.
7) Menyela-nyela rambut secara merata lalu menyiramnya 3 kali dengan
air sepenuh dua telapak tangan. Ini berdasarkan hadis dari Aisyah di
dalam sahih al-Bukhari:
ثم يدخل أصابعه في الماء، فيخلل بها أصول شعره، ثم يصب على رأسه ثلاث غرف بيديه
“Kemudian Baginda SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian
menyela-nyela rambutnya, kemudia menyiram kepalanya 3 kali dengan kedua
tangannya.”
Ketika menyiram kepala hendaklah dimulai dengan
bahagian kanan, kemudian, bahagian kiri dan seterusnya bahagian tengah
kepala. Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah RA di dalam sahih Muslim (318):
. بدأ بشق رأسه الأيمن. ثم الأيسر
Baginda SAW menyiram kepalanya di bahagian kanan, kemudian bahagian kiri.
Bagi wanita yang dalam keadaan junub, dibolehkan untuk tidak melepaskan
ikatan rambutnya. Ini berdasarkan hadis Ummu Salamah RA.
عن أم
سلمة، قالت: قلت: يا رسول الله! إني امرأة أشد ضفر رأسي. فأنقضه لغسل
الجنابة؟ قال “لا. إنما يكفيك أن تحثي على رأسك ثلاث حثيات. ثم تفيضين عليك
الماء فتطهرين
Dari Ummu Salamah RA, beliau berkata: Aku
berkata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Rasulullah SAW، sesungguhnya aku
perempuan yang suka mengikat rambutku. Perlukah aku membuka ikatan
tersebut ketika mandi junub? Jawab Rasulullah SAW: “Tidak, cukuplah bagi
kamu dengan dengan menyiramkan air ke atas kepala kamu sebanyak 3 kali
dan meratakan air ke seluruh tubuh kamu, dan kamu sudah dikira sudah
bersuci. (Sahih Muslim:330)
Akan tetapi jika mandi untuk haidh,
maka dianjurkan untuk melepaskan ikatan rambut. Ini berdasarkan hadis
‘Aisyah ra di dalam sahih al-Bukhari di mana beliau kedatangan haidh
ketika menunaikan haji. Lalu baginda saw berkata sedemikian:
دعي عمرتك، وانقضي رأسك، وامتشطي
“Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu (ketika mandi) dan sisirlah rambutmu”
8) Memulakan dengan bahagian kanan tubuh.
عن عائشة؛ قالت: إن كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحب التيمن في شأنه كله. في نعليه، وترجله، وطهوره
Dari ‘Aisyah RA: Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian
kanan pada semua urusannya, ketika memakai kasutr, ketika bersikat dan
ketika bersuci. (Sahih Muslim:268)
9) Meratakan air ke seluruh
tubuh. Kita mestilah semua lipatan tubuh seperti ketiak dan lain-lain.
Ini berdasarkan hadis ‘Aisyah (Sunan Abi Daud:243, di nilai sahih oleh
al-Albani)
10) Beralih dari tempat mandi dan membasuh kaki.
Wallahu’alam.
Wednesday, January 8, 2014
10 sikap dibenci Allah
SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:
1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.
2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.
3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.
4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).
5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.
6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.
7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).
8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.
9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.
10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.
Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.

Wednesday, November 27, 2013
PERASAN TAK? - Prof Dr Muhaya Mohammad
PERASAN TAK?...Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak
derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke StarHill, MegaMall dan
seangkatan dengannya...
PERASAN TAK?...30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen...
...
PERASAN TAK?...Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...
PERASAN TAK?...Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...
PERASAN TAK?...Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, sampai pagi, tapi tahajjud tak buat..
PERASAN TAK?...Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...
PERASAN TAK?...Orang berebut depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali :
1. Waktu
2. Kata-kata
3. Kesempatan
Ada 3 Hal yg dapat menghancurkan hidup seseorg :
1. Kemarahan
2. Keangkuhan
3. Dendam ..
Ada 3 Hal yg tidak boleh hilang :
1. Harapan
2. Keikhlasan
3. Kejujuran
Ada 3 Hal yg paling berharga :
1. Kasih Sayang ..
2. Cinta
3. Kebaikan
Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak pernah pasti :
1. Kekayaan
2. Kejayaan
3. Mimpi
Ada 3 Hal yg membentuk watak seseorg :
1. Komitmen
2. Ketulusan
3. Kerja keras
Ada 3 Hal yg membuat kita sukses :
1. Tekad
2. Kemahuan
3. Fokus
Ada 3 Hal yg tidak pernah kita tahu :
1. Rezeki
2. Umur
3. Jodoh
TAPI, ada 3 Hal dalam hidup yg PASTI :
1. Tua
2. Sakit
3. Kematian

Friday, November 22, 2013
PETUA DARI NABI MUHAMMAD S.A.W
Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan :-
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Makanlah dengan menggunakan tangan kanan
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).
Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL

Wednesday, October 23, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)