Al-Quran ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan :-
1. Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum
matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan
lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi
kebanyakan badan tak gemuk.
2.
Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais)
setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena
sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur
(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh
mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis
yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli
sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah
di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan
mengalir ke ruang berkenaan.
4. Dalam kitab juga ada melarang
kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah
menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat
penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan
ayam mengandungi ion +ve manakala dalam ikan mengandungi ion -ve, jika
dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas
biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
Makanlah dengan menggunakan tangan kanan
5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis
hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa
enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat
dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan
tidak hadam).
Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa
menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10
kali kepadanya.
RENUNG-RENUNGKAN & SELAMAT BERAMAL
No comments:
Post a Comment