Cara mencuci kemaluan dengan betul.
Sememangnya, kita mencuci dengan bersih tapi bersih bukan bermakna cara
kita tu betul. Penting untuk kita pastikan diri kita bersih terutamanya
di bahagian sulit. Selain untuk menjaga kesihatan ia juga penting untuk
memastikan amal ibadat kita seharian di terima.
Kenapa penting untuk kita bersihkan kemaluan kita dengan betul?
Ramai orang merasakan diri mereka cukup bagus dengan banyak amal
ibadah, bersedekah dan lain lain tetapi masih tidak terlepas dari azab
api neraka.
Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan
mayat seorang lelaki tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda
bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya orang
membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit
kepala kemaluan mayat lelaki itu.
Saidina Abu Bakar mencabut
pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu
tiba tiba berkata-kata, Katanya” Apakah salah ku kerana aku diutus oleh
Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan” Diselidiki amalan
lelaki itu semasa hayatnya, jelas dia merupakan orang yang mengambil
ringan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air
kecil.
Jadi macam mana kita nak bersihkan diri dengan cara yang betul?
Lelaki dan wanita berbeza caranya. Bukan basuh sekadar dengan air dan asalkan bersih je. Ada caranya….
kaum lelaki:
Selepas membuang air kecil, disunatkan berdehem dua atau tiga kali
supaya air kencing betul betul sudah habis keluar. Lepas itu urutlah
kemaluan dari pangkal ke hujung beberapa kali sehingga tiada lagi air
kencing yang berada dalam saluran. Kemudian basuhlah dengan air
sebersihnya.
kaum wanita pula:
Apabila membasuh
kemaluannya, pastikan dicucikan bahagian dalam dengan menjolok sedikit
dengan jari dan dipusing-pusingkan semasa dilalukan air bersih. Bukan
dengan hanya menyimbahkan air semata-mata. Jika dengan melalukan air
sahaja ia tidak membersihkan bahagian dalam kemaluan wanita yang
berbibir-bibir itu.
Betul atau tidak cara kita selama ini ?
Kalau yang tak betul tu jom sama sama betulkan supaya diri kita bersih
dengan cara yang betul.
Dijanjikan neraka utk mereka yg tidak menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar.
Sumber FB Tanyalah Ustaz
No comments:
Post a Comment